Saturday, 10 October 2015

Kelebihan Melabur Awal Pada Usia Muda

Gambarajah menunjukkan kes 3 orang yang menympan wang. Ketiga-tiga orang ini menyimpan $4,000 setahun.

Orang pertama (warna merah) menyimpan bermula ketika umurnya 25 tahun. Dia menyimpan $4,000 setahun.Dengan mengandaikan pulangan tahunan pelaburan konsisten 7% setiap tahun, pada umurnya 65 tahun wang simpanannya berganda berjumlah $858,438.

Orang kedua (warna kuning) menyimpan bermula umurnya 35 tahun. Dia juga menyimpan $4,000 setahun. Pada umurnya 65 tahun, jumlah wang simpanan terkumpulnya ialah $408,292.

Orang ketiga (warna biru) menyimpan bermula umurnya 45 tahun. Dia juga menyimpan $4,000 setahun. Pada umurnya 65 tahun, jumlah wang terkumpulnya ialah $179,461.

KESIMPULAN, lebih awal kita mula melabur lebih banyak wang tersebut akan berganda. Beza antara orang pertama dengan orang kedua yang bermula lewat 10 tahun ialah $450,146 manakala beza wang orang pertama dengan orang ketiga yang bermula lewat 20 tahun ialah $678,977.

Thursday, 1 October 2015

Unit Amanah Patuh Syariah Public Mutual

Assalamualaikum.

Kepada anda yang beragama Islam yang ada berminat mahu melabur tetapi masih was-was dengan status kehalalan unit amanah, usah risau lagi. Public Mutual ada menawarkan beberapa dana pelaburan patuh syariah. Dana-dana ini dilaburkan dalam bidang-bidang yang mematuhi syarak dan mengelak daripada terlibat dengan unsur-unsur judi, arak dan sebagainya yang diragui status halalnya.


Bagaimana sesuatu dana pelaburan itu dipastikkan patuh syariah? Untuk sesuatu dana melepasi kelayakan status patuh syariah, ianya akan dikawalselia oleh Majlis Penasihat Syariah yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bidang yang dipilih untuk wang dilaburkan mestilah bebas daripada unsur riba, judi, arak dan perkara-perkara yang tidak dibenarkan syarak.