Sunday, 6 September 2015

Pelaburan Unit Amanah Patuh Syariah Public Mutual

Public Mutual adalah anak syarikat kepada Public Bank Berhad. Public Mutual berperanan menguruskan aset-aset pelaburan dalam unit amanah. Unit-unit amanah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu unit-unit amanah awam dan unit-unit amanah patuh syariah.

Terdapat lebih daripada 30 dana unit amanah patuh syariah yang sesuai untuk pelabur beragama Islam ditawarkan oleh Public Mutual. Namun cuma ada beberapa dana sahaja yang amat disarankan untuk tujuan pelaburan disebabkan oleh pulangan dividennya yang kompetetif.

Cara Membuat Pelaburan
1) Pelaburan wang tunai
2) Pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP


Jumlah Pelaburan Permulaan dan Penambahan Pelaburan
1) Pelaburan wang tunai
Untuk setiap dana, jumlah pelaburan permulaan minimum adalah RM1,000 manakala jumlah penambahan pelaburan berikutnya pula adalah minimum RM100.

2) Pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP
Jumlah pelaburan permulaan minimum bagi setiap dana adalah RM1,000 manakala jumlah penambahan pelaburan berikutnya juga minimum RM1,000. Perlu diingat bagi pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP ini, pihak KWSP hanya membenarkan permohonan pengeluaran dibuat HANYA 3 BULAN SEKALI SAHAJA dan bukannya boleh memohon mengeluarkan setiap bulan.

Membuka Akaun
1) Pelaburan wang tunai
Untuk membuka akaun pelaburan wang tunai, anda perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi daripada mana-mana Unit Trust Consultant Public Mutual atau daripada mana-mana cawangan Public Mutual berhampiran kawasan anda.

Cawangan-cawangan Public Mutual : http://www.publicmutual.com.my/?TabId=340

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dengan wang pelaburan atau cek hendaklah dibawa ke cawangan Public Bank berdekatan untuk tujuan membuka akaun.

2) Pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP
Untuk membuka akaun pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP, anda perlu mengisi borang permohonan Pelaburan KWSP dan KWSP 9N (AHL) yang juga boleh diperolehi daripada mana-mana Unit Trust Consultant Public Mutual atau cawangan Public Mutual berhampiran. Borang yang lengkap diisi perlulah diserahkan kepada Unit Trust Consultant berserta dengan salinan MyKad anda untuk tujuan pendaftaran dan permohonan pelaburan.


Sekiranya penjelasan panjang lebar ini susah difahami atau jika anda perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya:

Mohd Azrul Rajim 016-8709642.
Email : masdasas14@yahoo.com

Di samping itu anda juga boleh melayari laman web rasmi Public Mutual di:
www.publicmutual.com.my

No comments:

Post a Comment