Saturday, 5 September 2015



Pencarum KWSP. Ini Untuk Perhatian Anda

Bagi yang belum tahu, sebenarnya KWSP membenarkan pencarum-pencarumnya memindahkan sebahagian daripada baki wang dalam Akaun 1 KWSP untuk tujuan pelaburan. 


Kenapa perlu dipindahkan? Ini kerana ada institusi pelaburan lain yang memberikan pulangan dividen yang lebih bak.



Formula Kiraan:
(Baki terkini Akaun 1 KWSP - Simpanan Asas*) x 20% = Jumlah yang diperolehi MESTILAH 1,000 atau lebih.

Simpanan Asas* rujuk kepada Jadual di atas. Gunakan Simpanan Asas yang berpadanan dengan umur anda pada tahun ini. Bagi yang berumur 30 tahun pada tahun ini maka Simpanan Asas yang perlu digunakan ialah 27,000 manakala bagi yang berumur 40 tahun pada tahun ini Simpanan Asasnya ialah 69,000.

Nota: KWSP hanya membenarkan permohonan pengeluaran untuk tujuan pelaburan 3 BULAN SEKALI sahaja. Pencarum tidak dibenarkan membuat permohonan pengeluaran pelaburan setiap bulan.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui Facebook Mohd Azrul Rajim atau terus hubungi saya 016-8709642.

No comments:

Post a Comment